Tuesday, October 5, 2010

LATAR BELAKANG SEJARAH

Jabatan Kehakiman Syariah Perak (JKSPk) di tubuhkan berdasarkan Seksyen 42(1), (2) dan (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perak 1992.
Pada 1 Mei 1995 Jabatan Kehakiman Syariah Perak telah diasingkan daripada pengurusan JAIPk dan mempunyai pentadbiran nya sendiri, di mana Jabatan Kehakiman Syariah Perak Diketuai oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Perak. Perjawatan yang telah diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia untuk jabatan ini pada mulanya ialah sebanyak 45 jawatan mengikut Waran Perjawatan Bilangan 10 tahun 1994 yang berkuatkuasa mulai 1 Mei 1995. Kemudian di tambah lagi sebanyak 16 jawatan mengikut Waran Perjawatan Bilangan 2 tahun 2001 yang berkuatkuasa mulai 1 Disember 2000.

VISI
Menjadi Institusi Kehakiman Syariah yang berwibawa

MISI
Melaksanakan pengadilan,pengurusan mahkamaha dan perkhidmatan sokongan secara profesional,berkesan dan sistematik berasaskan peruntukan Undang-Undang Islam yang seragam untuk mencapai keredhaan Allah.

OBJEKTIF
Melaksanakan sistem keadilan yang adil dan cekap berlandaskan Hukum Syarak dan undang-undang negara yang digubal.

MOTTO
Syariah Asas Keadilan






No comments:

Post a Comment